Blogger Templates

Friday 23 December 2011

::BAHASA ARAB BAHASA SYURGA::




JOM BELAJAR PEPATAH ARAB..SEMOGA ADA MANFAATNYA..



1.
مَنْ سَارَ عَلىَ الدَّرْبِ وَصَلَ
1.
Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia.

2.
مَنْ جَدَّ وَجَدَ
2.
Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia.

3.
مَنْ صَبَرَ ظَفِرَ
3. Barang siapa sabar beruntunglah ia.

4.
مَنْ قَلَّ صِدْقُهُ قَلَّ صَدِيْقُهُ
4. Barang siapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit pulalah temannya.

5.
جَالِسْ أَهْلَ الصِّدْقِ وَالوَفَاءِ
5.
Pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji.

6.
مَوَدَّةُ الصَّدِيْقِ تَظْهَرُ وَقْتَ الضِّيْقِ
6.
Kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu kesempitan.

7.
وَمَااللَّذَّةُ إِلاَّ بَعْدَ التَّعَبِ
7.
Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan.

8.
الصَّبْرُ يُعِيْنُ عَلىَ كُلِّ عَمَلٍ
8.
Kesabaran itu menolong segala pekerjaan.

9.
جَرِّبْ وَلاَحِظْ تَكُنْ عَارِفًا
9.
Cubalah dan perhatikanlah, nescaya kau jadi orang yang tahu.

10.
اُطْلُبِ العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلىَ اللَّحْدِ
10.
Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad.

11.
بَيْضَةُ اليَوْمِ خَيْرٌ مِنْ دَجَاجَةِ الغَدِ
11.
Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.


12.
الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَبِ
12.
Waktu itu lebih mahal daripada emas.

13.
العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسْم السَّلِيْمِ
13.
Akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat.

14.
خَيْرُ جَلِيْسٍ فيِ الزَّمَانِ كِتَابٌ
14.
Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku.

15. مَنْ يَزْرَعْ يَحْصُدْ
15.
Barang siapa menanam pasti akan memetik (mengetam).

16. خَيْرُ الأَصْحَابِ مَنْ يَدُلُّكَ عَلىَ الخَيْرِ
16.
Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan.

17. لَوْلاَ العِلْمُ لَكَانَ النَّاسُ كَالبَهَائِمِ
17.
Seandainya tiada berilmu nescaya manusia itu seperti binatang.

18.
العِلْمُ فيِ الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ عَلىَ الحَجَرِ
18.
Ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu, bagaikan ukiran di atas batu.

19.
لَنْ تَرْجِعَ الأَياَّمُ الَّتيِ مَضَتْ
19.
Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.

20.
تَعَلَّمَنْ صَغِيْرًا وَاعْمَلْ بِهِ كَبِيْرًا
20.
Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.

21.
العِلْمُ بِلاَ عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلاَ ثَمَر
21.
Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.

22.
الاتِّحَادُ أَسَاسُ النَّجَاحِ
22.
Bersatu adalah asas kejayaan.

23.
لاَ تَحْتَقِرْ مِسْكِيْنًا وَكُنْ لَهُ مُعِيْناً
23.
Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya.

24.
الشَّرَفُ بِالأَدَبِ لاَ بِالنَّسَبِ
24.
Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti) bukan dengan keturunan.

25.
سَلاَمَةُ الإِنْسَانِ فيِ حِفْظِ اللِّسَانِ
25.
Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya).

26.
آدَابُ المَرْءِ خَيْرٌ مِنْ ذَهَبِهِ
26. Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya.

27.
سُوْءُ الخُلُقِ يُعْدِي
27.
Kerosakan budi pekerti/akhlaq itu menular.

28.
آفَةُ العِلْمِ النِّسْياَنُ
28.
Penyakit ilmu itu adalah lupa.

29.
إِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيْلُ
29.
Jika benar kemahuannya nescaya terbukalah jalannya.

30.
لاَ تَحْتَقِرْ مَنْ دُوْنَكَ فَلِكُلِّ شَيْئٍ مَزِيَّةٌ
30
. Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, karena segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.

31.
أَصْلِحْ نَفْسَكَ يَصْلُحْ لَكَ النَّاسُ
31.
Perbaikilah dirimu sendiri, nescaya orang-orang lain akan baik padamu.

32.
فَكِّرْ قَبْلَ أَنْ تَعْزِمَ
32.
Berfikirlah dahulu sebelum kamu berkemahuan (merencanakan).

33.
مَنْ عَرَفَ بُعْدَ السَّفَرِ اِسْتَعَدَّ
33.
Barang siapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia.

34.
مَنْ حَفَرَ حُفْرَةً وَقَعَ فِيْهَا
34.
Barang siapa menggali lubang, akan terperosoklah ia ke dalamnya.

35
. عَدُوٌّ عَاقِلٌ خَيْرٌ مِنْ صَدِيْقٍ جَاهِلٍ
35.
Musuh yang pandai, lebih baik daripada kawan yg jahil.

36.
مَنْ كَثُرَ إِحْسَانُهُ كَثُرَ إِخْوَانُهُ
36.
Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya.

37.
اِجْهَدْ وَلاَ تَكْسَلْ وَلاَ تَكُ غَافِلاً فَنَدَامَةُ العُقْبىَ لِمَنْ يَتَكاَسَلُ
37
. Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermalas-malas dan jangan pula lengah, kerana penyesalan itu bagi orang yang bermalas-malas.

38. لاَ تُؤَخِّرْ عَمَلَكَ إِلىَ الغَدِ مَا تَقْدِرُ أَنْ تَعْمَلَهُ اليَوْمَ
38.
Janganlah melengahkan pekerjaanmu hingga esok hari, jika kamu dapat mengerjakannya hari ini.

39.
اُتْرُكِ الشَّرَّ يَتْرُكْكَ
39.
Tinggalkanlah kejahatan, nescaya ia (kejahatan itu) akan meninggalkanmu.

40.
خَيْرُ النَّاسِ أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً وَأَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
40. Sebaik-baik manusia itu, adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia.

41.
فيِ التَّأَنِّي السَّلاَمَةُ وَفيِ العَجَلَةِ النَّدَامَةُ
41
. Di dalam hati-hati itu adanya keselamatan, dan di dalam tergesa-gesa itu adanya penyesalan.

42.
ثَمْرَةُ التَّفْرِيْطِ النَّدَامَةُ وَثَمْرَةُ الحَزْمِ السَّلاَمَةُ
42.
Buah sembrono/lengah itu penyesalan, dan buah cermat itu keselamatan.

43.
الرِّفْقُ بِالضَّعِيْفِ مِنْ خُلُقِ الشَّرِيْفِ
43
. Berlemah lembut kepada orang yang lemah itu, adalah suatu perangai orang yang mulia (terhormat).

44.
فَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا
44.
Pahala/balasan suatu kejahatan itu adalah kejahatan yang sama dengannya.

45.
ترْكُ الجَوَابِ عَلىَ الجَاهِلِ جَوَابٌ
45.
Tidak menjawab terhadap orang yang bodoh itu adalah jawapannya.

46.
مَنْ عَذُبَ لِسَانُهُ كَثُرَ إِخْوَانُهُ
46.
Barang siapa manis tutur katanya (perkataannya) banyaklah temannya.

47.
إذَا تَمَّ العَقْلُ قَلَّ الكَلاَمُ
47.
Apabila akal seseorang telah sempurna maka sedikitlah bicaranya.

48.
مَنْ طَلَبَ أَخًا بِلاَ عَيْبٍ بَقِيَ بَلاَ أَخٍ
48.
Barang siapa mencari teman yang tidak bercela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman.

49.
قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا
49.
Katakanlah yang benar itu, walaupun pahit.

50.
خَيْرُ مَالِكَ مَا نَفَعَكَ
50.
Sebaik-baik hartamu adalah yang bermanfaat bagimu.

51.
خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا
51.
Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja).

52.
لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ وَلِكُلِّ مَقَالٍ مَقَامٌ
52
. Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.

53.
إِذاَ لمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
53
. Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki).

54. لَيْسَ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ فَقِيْرًا بَلِ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ بَخِيْلاً
54.
Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang bakhil.

55.
لَيْسَ اليَتِيْمُ الَّذِي قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ بَلِ اليَتِيْمُ يَتِيْمُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
55.
Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti.

56. لِكُلِّ عَمَلٍ ثَوَابٌ وَلِكُلِّ كَلاَمٍ جَوَابٌ
56.
Setiap pekerjaan itu ada balasannya, dan setiap perkataan itu ada jawapannya.

57. وَعَامِلِ النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ مِنْهُ دَائِماً
57.
Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya.

58.
هَلَكَ امْرُؤٌ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ
58.
Hancurlah seseorang yang tidak kenal dirinya sendiri.

59.
رَأْسُ الذُّنُوْبِ الكَذِبُ
59.
Pokok dosa itu, adalah kebohongan.

60.
مَنْ ظَلَمَ ظُلِمَ
60.
Barang siapa menganiaya nescaya akan dianiaya.

61.
لَيْسَ الجَمَالُ بِأَثْوَابٍ تُزَيِّنُنُا إِنَّ الجَمَالَ جمَاَلُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
61
. Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan.

62.
لاَ تَكُنْ رَطْباً فَتُعْصَرَ وَلاَ يَابِسًا فَتُكَسَّرَ
62.
Janganlah engkau bersikap lemah, sehingga kamu akan diperas, dan janganlah kamu bersikap keras, sehingga kamu akan dipatahkan.

63.
مَنْ أَعاَنَكَ عَلىَ الشَّرِّ ظَلَمَكَ
63.
Barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu.

64.
أَخِي لَنْ تَنَالَ العِلْمَ إِلاَّ بِسِتَّةٍ سَأُنْبِيْكَ عَنْ تَفْصِيْلِهَا بِبَيَانٍ: ذَكَاءٌ وَحِرْصٌ وَاجْتِهَادٌ وَدِرْهَمٌ وَصُحْبَةُ أُسْتَاذٍ وَطُوْلُ زَمَانٍ
64. Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas :
1). Kecerdasan
2). Ketamakan (terhadap ilmu)
3). Kesungguhan
4). Harta benda (bekal)
5). Mempergauli guru
6). Waktu yang panjang.

65.
العَمَلُ يَجْعَلُ الصَّعْبَ سَهْلاً
65.
Bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah.

66.
مَنْ تَأَنَّى نَالَ مَا تَمَنَّى
66.
Barang siapa berhati-hati nescaya ia mendapatkan apa-apa yang ia cita-citakan.

67.
اُطْلُبِ العِلْمَ وَلَوْ بِالصَّيْنِ
67.
Carilah/tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina.

68.
النَّظَافَةُ مِنَ الإِيْمَانِ
68.
Kebersihan itu sebahagian dari iman.

69.
إِذَا كَبُرَ المَطْلُوْبُ قَلَّ المُسَاعِدُ
69.
Kalau besar permintaannya maka sedikitlah penolongnya.

70.
لاَ خَيْرَ فيِ لَذَّةٍ تَعْقِبُ نَدَماً
70.
Tidak ada baiknya sesuatu keseronokan melainkan  diiringi (oleh) penyesalan.

71.
تَنْظِيْمُ العَمَلِ يُوَفِّرُ نِصْفَ الوَقْتِ
71.
Pengaturan pekerjaan itu menabung sebanyak separuhnya waktu.

72.
رُبَّ أَخٍ لَمْ تَلِدْهُ وَالِدَةٌ
72.
Berapa banyak saudara yang tidak dilahirkan oleh satu ibu.

73.
دَاوُوْا الغَضَبَ بِالصُّمْتِ
73.
Ubatilah kemarahan itu dengan diam.

74.
الكَلاَمُ يَنْفُذُ مَالاَ تَنْفُذُهُ الإِبَرُ
74.
Perkataan itu dapat menembus apa yang tidak bisa ditembus oleh jarum.

75.
لَيْسَ كُلُّ مَا يَلْمَعُ ذَهَباً
75. Bukan setiap yang berkilat itu emas.

76.
سِيْرَةُ المَرْءِ تُنْبِئُ عَنْ سَرِيْرَتِهِ
76.
Gerak-gerik seseorang itu menunjukkan rahsianya.

77.
قِيْمِةُ المَرْءِ بِقَدْرِ مَا يُحْسِنُهُ
77.
Harga seseorang itu sebesar (sama nilainya) kebaikan yang telah dilakukannya.

78.
صَدِيْقُكَ مَنْ أَبْكَاكَ لاَ مَنْ أَضْحَكَكَ
78.
Temannmu ialah orang yang menangiskanmu (membuatmu menangis) bukan orang yang membuatmu tertawa.

79.
عَثْرَةُ القَدَمِ أَسْلَمُ مِنْ عَثْرَةِ اللِّسَانِ
79.
Tergelincirnya kaki itu lebih selamat daripada tergelincirnya lidah.

80.
خَيْرُ الكَلاَمِ مَا قَلَّ وَدَلَّ
80.
Sebaik-baik perkataan itu ialah yang sedikit dan memberi penjelasannya/jelas.

81.
كُلُّ شَيْئٍ إِذَا كَثُرَ رَخُصَ إِلاَّ الأَدَبَ
81.
Segala sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali budi pekerti.

82.
أَوَّلُ الغَضَبِ جُنُوْنٌ وَآخِرُهُ نَدَمٌ
82.
Permulaan marah itu adalah kegilaan dan akhirnya adalah penyesalan.

2 comments: